Assalamualaikum.
Holla!
Hari ni tetiba rajin nak buat muffin. Selama ni memang dah berhajat nak buat muffin, tapi hanya bersarang dalam hati. Asyik fikir-fikir bila nak buat. Bila dengar ada orang nak buat chocolate moist cake, terus bersemangat nak buat muffin ;)
Resipi muffin ni saya dapat daripada Nadhirah. Dah lama dah simpan resipi ni sebenarnya. Dari tahun lepas lagi saya mintak resipi ni sebab nak buat kek sempena birthday saya. Alih-alih pakai resipi lain pulak.
Baiklah. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resipinya.
Baiklah. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resipinya.
150 gm butter
150 gm caster sugar
3 eggs
150 gm plain flour
1/2 tsp baking powder
50 gm chocolate chips
1 tsp vanilla essence
Cara-caranya:
1. Pukul gula, butter dan baking powder sampai kembang. Saya pukul secara manual je walaupun ada mixer. Sebenarnya saya tak reti + takut nak guna mixer tu. Buat penat badan je kan, huhu. Barulah saya sedar, maksud kembang adalah adunan tu ringan serta lembut. Pandai tak saya? =p
2. Masukkan telur satu persatu diselangi dgn satu sudu besar tepung. Tepung tu saya ayak masa nak masukkan ke dalam adunan. Takdelah berketul-ketul atau tak rata.
3. Akhir sekali, masukkan chocolate chips dgn vanilla essence dan sedia untuk dibakar. Saya bakar guna api atas dan bawah, dengan suhu lebih kurang 190 darjah celcius. Masa nak cari vanilla essence tu, kedai nak tutup. Uncle kat kedai kek tu bagi yang ni. Saya baca vanilla, terus amek je. Hari ni baru perasan tu vanilla flavour T_T
Hasilnya:
Kesimpulannya, muffin yang dibakar pada sesi pertama lebih menawan daripada muffin sesi kedua. Ini kerana saya letak terlalu banyak adunan ke dalam cawan muffin sesi kedua. Mereka melimpah-limpah keluar, sangat hodoh. Lagi satu, muffin untuk sesi pertama saya bakar 35 minit kalau tak silap. Untuk sesi kedua saya bakar 40 minit. Jadi, rentung sedikit T_T
Akan tetapi, belum sempat kesemua muffin sesi pertama berposing di depan kamera, mereka sudah selamat dimakan oleh saya sebiji, kakak saya dua biji serta ayah saya tiga biji.
Hal kedua, rasa telur agak kuat. Saya rasa saya pakai telur yang bersaiz besar. Mungkin kena guna telur yang bersaiz lebih kecil lepas ni. Saya tak pasti pulak kalau masalah rasa telur terlalu kuat tu disebabkan saya tak guna vanilla essence. Wallahu a'alam.
UPDATED!!!
Selepas satu malam, tiada lagi rasa telur yang kuat seperti rasa muffin yang baru siap dibakar tu. Mungkin kena tunggu kek sejuk baru hilang rasa telur tu. Maka, tak perlulah cari telur yang bersaiz kecil ye!
UPDATED!!!
Selepas satu malam, tiada lagi rasa telur yang kuat seperti rasa muffin yang baru siap dibakar tu. Mungkin kena tunggu kek sejuk baru hilang rasa telur tu. Maka, tak perlulah cari telur yang bersaiz kecil ye!
Oh ya! Izinkan saya menampal gambar muffin tak comel satu dua keping di sini. Maaf kalau menyakitkan mata. Well, life is about experiment. An experiment gives us an experience. Sorry kalau English tak berapa nak sedap. OH MY ENGLISH!
Selamat menjamu mata!
Rentung muffin saya. Ditambah lagi effect kamera....
Wassalam.
Ok bye!

0 comments:
Post a Comment