Assalamualaikum...
Bahan-bahan:
Roti Pizza
Bahan-bahan:
Roti Pizza
500gm tepung gandum cap sauh
½ bungkus yis mauripan
½ cawan minyak masak (mak saya guna minyak canola sebab cholesterol free )
½ cawan minyak masak (mak saya guna minyak canola sebab cholesterol free )
Secawan air suam
Garam secukup rasa
Topping Pizza
100gm daging ayam dipotong dadu kecil
100gm daging ayam dipotong dadu kecil
1 tin mushroom dipotong
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 tin tomato puree7 batang sausage dipotong
1 tin nenas dalam tin
1 paket mozarella cheese
4 biji cili hijau dipotong (lada benggala lebih sesuai)
Lada hitam, oregano dan garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Masukkan tepung, yis, air suam dan garam dalam mixer. Gaulkan dan keluarkan setelah sebati. Uli sehingga menjadi doh (kembang). Masukkan minyak agar doh tidak melekat pada jari semasa sedang menguli. Biarkan ianya naik sedikit dan uli balik. Lepas dah agak-agak naik tu, canaikan pada pan. Pastikan minyak disapu pada pan terlebih dahulu. Bakar dalam 2 minit dan keluarkan.
2. Bagi penyediaan topping pizza, masukkan daging ayam, tomato puree, sosej, daun oregano, bawang besar, lada hitam, sedikit minyak, garam, sedikit gula. Masak diatas kuali dalam 10min lebih kurang.
3. Setelah siap dimasak, ratakan topping pizza di atas roti pizza yang telah dikeluarkan dari oven. Taburkan nanas dan mushroom yang telah dipotong di atas roti. Ratakan mozarella cheese disekeliling pizza. Bakar pada suhu 190c dan masa yang diperlukan ialah selama 30min.
Wassalam.

0 comments:
Post a Comment