- Sebelum membakar biskut, baca dan fahami resipi dan sediakan kesemua perkakas dan bahan yang digunakan.
- Bahan-bahan kering seperti tepung, oat, garam dan soda bikarbonat hendaklah digaul agar dimasuki udara. Bahan-bahan kering harus disukat menggunakan cara dip and level. Masukkan sukatan cawan ataupun sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
- Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dan lain-lain. Disukat pada aras mata.
- Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
- Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
- Sapukan mentega putih pada loyang pembakar. Sapuan mentega dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung gandum dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung. Boleh lapikkan kertas di dalam loyang pembakar.
- Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai hot spot. Sekiranya biskut cepat masak pada satu hot spot, putarkan loyang pembakar apabila sudah hampir setengah masa waktu membakar.
- Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit. Masa bergantung kepada ketuhar yang anda gunakan.
- Dalam setiap resipi, ada dinyatakan masa yang perlu bagi membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan timer dan set waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba uji sama ada biskut sudahpun masak.
- Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan biskut benar-benar sejuk bagi mengelakkan mendapat biskut yang tidak rangup.
- Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang rangup, simpan di dalam bekas kedap udara.
- Kebanyakan biskut dapat dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan tarikh sebelum dibekukan.
- Biskut yang menggunakan mentega adalah lebih lemak dan sedap berbanding menggunakan majerin.
Biskut Tahan Lama
- Sebaiknya semua jenis tepung hendaklah disangai (goreng tanpa minyak) sehingga agak ringan. Boleh juga dibakar dalam ketuhar dengan cara panaskannya pada suhu 180'c selama 10 hingga 15 minit dan matikan. Kemudian masukkan tepung di dalam loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. Biarkan selama 15 minit.
- Apabila biskut sudah masak, sejukkan di atas redai kuih yang dilapikkan dengan kertas serap minyak. Semasa menyusun biskut, gunakan sarung tangan plastik dan lapikkan kertas antara lapisan dalam bekas biskut. Tutup dengan kemas.
Cara Mencairkan Coklat
- Cara mencairkan coklat putih sedikit berbeza dengan coklat warna koko.
- Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan mangkuk berisi coklat putih. Apabila coklat putih sudah mencair 80 hingga 90 peratus, angkat mangkuk dan terus mengacau sehingga semuanya cair. Semasa mencelup biskut, masukkan mangkuk ke dalam mangkuk berisi air panas, coklat putih cepat membeku.
Sumber: Resipi Kek dan Biskut Chef Hanieliza

1 comments:
petua yang baik! thanks :)
Post a Comment